Suspek tuduh Malaysia berkomplot burukkan Korea Utara
BEIJING, 5 Jamadilakhir 1438H, Sabtu – Suspek warga Korea Utara dalam kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Ri Jong Chol mendakwa menjadi mangsa konspirasi oleh pihak berkuasa Malaysia yang cuba merosakkan maruah republik itu.
Malah, Ri, menuduh Malaysia menggunakan paksaan untuk cuba mendapatkan pengakuan, dakwanya kepada pemberita di luar kedutaan Korea Utara di Beijing pada Sabtu.
Ri berkata, dia tidak berada di lapangan terbang pada hari pembunuhan dan langsung tidak mengetahui mengenai tuduhan bahawa keretanya telah digunakan dalam kes itu.
Ri kini dilaporkan berada di Beijing dalam perjalanan kembali ke Korea Utara selepas dia dihantar pulang oleh Malaysia.
Ketibaan dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing awal Sabtu telah disambut oleh sekumpulan pemberita Korea Selatan dan Jepun, tetapi Ri telah dibawa keluar dari tempat kejadian oleh polis China sebelum dia dapat memberikan apa-apa kenyataan.
Di luar kedutaan, Ri memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima keterangan palsu di Malaysia, dan mendakwa polis menunjukkan kepadanya gambar keluarganya dalam tahanan.
“Saya sedar bahawa ini adalah satu konspirasi, plot, untuk cuba merosakkan status dan maruah republik ini,” kata Ri.
Kim Jong Nam telah dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), selepas diserang oleh dua wanita dipercayai melumurkan mukanya dengan agen saraf VX, bahan kimia yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran.
Pembunuhan Kim Jong Nam telah memburukkan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara, yang mana sebelum ini telah mengekalkan hubungan persahabatan selama beberapa dekad.
Perisik Korea Selatan dan Pegawai Amerika Syarikat berkata, pembunuhan itu adalah pembunuhan yang diatur oleh ejen-ejen Korea Utara. – Agensi
The post Suspek tuduh Malaysia berkomplot burukkan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan