Syed Mokhtar, firma China intai kepentingan FGV, lapor Edge Markets

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Kepentingan dalam syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dilaporkan sedang diintai firma milik kerajaan China, China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (Cofco) dan jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

Menurut laporan The Edge Markets, FGV sedang berunding dengan kedua-dua firma itu.

Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, FGV, Datuk Zakaria Arshad enggan mendedahkan nama-nama syarikat yang terbabit.

Zakaria dipetik sebagai berkata, pemegang saham strategik yang baru itu akan melengkapkan FGV dan matlamatnya adalah supaya kedua-dua syarikat berkembang bersama.

Usaha mencari rakan kongsi timbul semula selepas rundingan FGV dengan PT Eagle High Plantations Tbk dari Indonesia tidak berjalan lancar.

Saga FGV bermula pada tahun 2012 apabila syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia dengan harga IPO RM4.55, membolehkannya untuk mengumpul RM10 bilion.

Sebahagian besar peserta skim Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) melabur dalam saham FGV pada masa itu. Walau bagaimanapun, harga saham FGV semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan.

Harga saham FGV berada pada paras terendah iaitu RM1.17 bulan lalu.

Sehingga tengah hari tadi, saham FGV kali terakhir diniagakan pada RM2.11 selepas melantun semula berikutan laporan The Edge Market.

The post Syed Mokhtar, firma China intai kepentingan FGV, lapor Edge Markets appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?