Tanah runtuh: Satu unit apartmen di Bukit Antarabangsa terjejas

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Sebuah unit apartmen di Bukit Antarabangsa di sini terjejas dalam kejadian tanah runtuh petang tadi, kata Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul.

Beliau berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4 petang yang melaporkan berlaku runtuhan tanah di apartmen berkenaan.

“Sepasukan bomba penyelamat Ampang yang tiba di lokasi bagi memantau kejadian berkenaan mendapati berlaku pergerakan tanah sedalam lima meter,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Sani berkata pemeriksaan selanjutnya telah dijalankan di sekitar kawasan apartmen itu, namun tidak menemui sebarang kerosakan teruk kecuali bahagian belakang apartmen berkenaan terjejas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan perkara ini telah diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan seterusnya, katanya. – Bernama

The post Tanah runtuh: Satu unit apartmen di Bukit Antarabangsa terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?