Terengganu syaratkan 10 peratus rumah setiap projek untuk belia bujang

HULU TERENGGANU,  4 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Kerajaan Terengganu mensyaratkan  semua projek perumahan di negeri berkenaan supaya mengkhaskan 10 peratus rumah untuk golongan belia yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat berkata, seperti yang diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini, langkah itu adalah satu daripada dasar Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

“Cuma permohonan haruslah ikut perkara yang digariskan pihak berwajib…jika tiada permohonan daripada mereka, barulah kita akan beri peluang kepada golongan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bakti Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)di Kuala Telemong, semalam.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor Unisza Dr Afandi Mohamad.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong itu turut menyambut baik saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) supaya kerajaan negeri memberi kebebasan kepada orang muda untuk bersuara memberi pandangan dalam membangunkan negara.

“Apa isu sahaja kita akan terima, kita akan dengar, kita ingin menjaga orang muda untuk masa akan datang.

“Pandangan dan isu mereka ini akan dibawa dan diserahkan kepada satu jawatankuasa pusat dan akan dikupas balik…mana yang elok kita akan pertimbang untuk pembangunan masa hadapan,” katanya.

Rozi turut menyentuh pembinaaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu yang mendapat peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM50 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

“Ia satu mercu tanda baharu bagi kerajaan negeri dan Kuala Berang khususnya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan untuk generasi muda Hulu Terengganu.

“Ini lebih kepada pembangunan infrastruktur yang kami sediakan, pembangunan kemudahan sukan akan datang…pembinaan masih mengikut jadual yang ditetapkan dan saya tidak nampak projek tersebut akan gagal kerana saya amat berharap ia dapat digunakan oleh orang muda,” katanya. – Bernama

The post Terengganu syaratkan 10 peratus rumah setiap projek untuk belia bujang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?