Thi Huong, Siti Aisyah didakwa bunuh warga Korea Utara

SEPANG, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Dua wanita warga asing, Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Korea Utara, Kim Chol.

Thi Huong, warga Vietnam dan Siti Aisyah, warga Indonesia didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dalam bahasa Vietnam dan Indonesia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua wanita terbabit.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah wakil daripada kedutaan kedua-dua buah negara.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

The post Thi Huong, Siti Aisyah didakwa bunuh warga Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?