Tiada tempat untuk individu korup: TMJ

JOHOR BAHRU, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Tiada tempat untuk individu mahupun pihak yang tidak berintegriti serta korup di negeri ini, tegas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya ingin beri nasihat sedikit terhadap isu berbangkit berkaitan dengan negeri Johor Darul Ta’zim.

“Perlu saya ingatkan di negeri Johor ini tidak akan ada tempat untuk mereka-mereka yang tidak mengamalkan integriti dalam tugasan yang diberikan serta terlibat dengan budaya korup.

“Kepada mana-mana individu yang diberi amanah dan tanggungjawab, jalankan kewajipan anda untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik,” katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Jelas beliau, individu yang diberikan amanah dan tanggungjawab, seharusnya menjalankan kewajipan untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik

“Sekiranya anda mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada rakyat, sebagai mana yang DYMM Tuanku pernah bertitah, anda tidak layak berada di negeri Johor dan kami akan pastikan anda tidak mempunyai tempat di negeri berdaulat ini,” katanya.

The post Tiada tempat untuk individu korup: TMJ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?