Tian Chua didenda RM3,000 aibkan polis

PETALING JAYA, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tian Chua turut berdepan hukuman penjara tambahan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pada 12 Ogos 2014, Tian Chua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan mengaibkan terhadap Deputi Superintendan Glenn A. Sinappah yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini pada pukul 7.45 malam, 14 April 2014.

Tian Chua didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

The post Tian Chua didenda RM3,000 aibkan polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?