Trump jemput Presiden Palestin ke White House

WASHINGTON, 12 Jamadilakhir 1438H, Sabtu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjemput pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas untuk melawat White House.

Jemputan itu dilanjutkan kepada Abbas oleh Trump ketika perbualan telefon kali pertama mereka sejak perasmian Presiden AS pada 20 Januari, lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Jurucakap Abbas berkata, Trump menjemput pemimpin Palestin itu untuk melawat White House tidak lama lagi bagi membincangkan kaedah meneruskan proses politik (Palestin-Israel).

Nabil Abu Rudeina berkata, Trump menekankan komitmennya dalam proses damai yang akan membawa keamanan sebenar antara kedua-dua negara itu.

“Abbas memberitahu Trump bahawa keamanan adalah pilihan strategik untuk rakyat Palestin yang seharusnya membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin,” kata Wafa.

Pada pertengahan Februari lalu, Trump dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.

Ketika sidang akhbar bersama Presiden AS di White House, Netanyahu berkata tiada penyokong yang lebih besar terhadap rejim Tel Aviv itu melainkan Donald Trump. – Agensi

The post Trump jemput Presiden Palestin ke White House appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?