Tuan Ibrahim kata Muhyiddin sokong RUU 355
KUALA LUMPUR, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Timbalan Presiden PAS memberi jaminan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong cadangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU 355.
“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia, secara prinsipnya Muhyiddin bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.
“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya.
Muhyiddin merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang mewakili Bersatu.
RUU 355 yang dibawa presiden PAS itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan ia dijadualkan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
The post Tuan Ibrahim kata Muhyiddin sokong RUU 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan