Tun M tawar lokasi lain debat dengan Nazri

PUTRAJAYA, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih membuka pintu untuk berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz meskipun polis menghalang acara itu diadakan Sabtu ini.

Dr Mahathir berkata, beliau sudah bersiap sedia dan akan meneruskan debat itu walaupun terpaksa mengubah lokasi dan tarikh.

“Kita boleh tawar untuk debat di Shah Alam atau tempat lain supaya ada debat di tempat yang tak perlu kebenaran polis,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Debat yang bakal membahaskan isu mengenai skandal 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF),itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan hari ini berkata, permohonan penganjur tidak menepati Akta Perhimpunan Aman (APA), selain permohonan lewat dihantar serta Dewan MRSM tidak sesuai kerana ia kawasan sekolah dan melanggar APA.

Bagaimanapun, Nazri bertegas akan meneruskan debat dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga turut mempersoalkan keputusan polis itu kerana acara itu ialah debat, bukannya perhimpunan jalanan.

“Saya ada perasaan ada orang takut sebab (debat ini) berkenaan orang itu dan dia berkuasa…Apa takut sangat nak debat? Kita dedah semua, kalau dia tak salah, apa nak takut. Kita negara demokratik, semua patut secara terbuka.”

Susulan itu juga, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu memberi masa sehingga petang esok untuk Nazri membuat semua persediaan bagi memastikan debat itu akan diadakan.

“Kita bagi masa sehingga petang esok, kalau boleh bagi jaminan. Kalau jumpa seorang sahaja tak ada makna, macam sembunyi dari rakyat.

“Kalau tak boleh bagi, dia seorang nak pergi situ buat apa. Nak suruh saya pergi sama, saya tengok dia, dia tengok saya?” soalnya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kenyataan Nazri semalam yang menggesa ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu menghadiri debat itu menunjukkan Nazri takut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Hakikatnya ialah mereka tidak mahu orang UMNO mendengar apa-apa mengenai 1MDB dan salah laku Najib. Jadi, dia cuba pastikan UMNO tidak mendengarnya. Dia takut kepada bosnya dan takut didedahkan,” katanya.

The post Tun M tawar lokasi lain debat dengan Nazri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?