Tun Mahathir, Azizah bukan penasihat pakatan harapan: Guan Eng

GEORGETOWN, 1 Rejab 1438H, Rabu – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng menunjukkan sikap angkuhnya apabila mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bukan penasihat pakatan harapan.

Katanya, mereka tidak pernah melantik Tun Mahathir dan Wan Azizah sebagai penasihat gabungan parti itu.

“Mereka dua watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan.

“Keputusan dan kedudukan akan diputuskan dalam mesyuarat akan datangBagaimanapun Tun Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita set semula politik negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perubahan nama pakatan harapan katanya, nama gabungan itu tidak akan diubah. 

Beliau berkata, buat masa ini nama pakatan harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perkara itu akan dibincangkan dalam sekretariat, sama ada ya atau tidak untuk perubahan, dan perkara itu juga akan diterima Tun Mahathir jadi saya fikir ia mungkin kekal begitu,” katanya.

The post Tun Mahathir, Azizah bukan penasihat pakatan harapan: Guan Eng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?