Tuntutan palsu: SPRM panggil 11 penjawat awam

SEREMBAN, 1 Rejab 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam memanggil sebelas penjawat awam termasuk pegawai polis dan kastam di negeri ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan palsu penginapan hotel.

Sumber SPRM memberitahu, mereka dipercayai sering mengemukakan butiran penginapan palsu untuk sewa bilik hotel ketika diarahkan menjalankan tugas rasmi di Lembah Klang sedangkan mereka tidak pernah menginap di hotel berkenaan.

“Penjawat awam berkenaan mengemukakan resit sewa bilik yang dipercayai mengandungi butiran palsu bagi mengelirukan jabatan masing-masing.

“Tuntutan palsu berkenaan dipercayai telah menjadi amalan dalam beberapa jabatan kerajaan di negeri ini sejak 2014,” katanya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Ramli Ismail, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa penjawat awam daripada pelbagai agensi lain di negeri ini yang melakukan kesalahan sama bagi membantu siasatan SPRM.

The post Tuntutan palsu: SPRM panggil 11 penjawat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?