Wad Hospital Segamat terbakar

SEGAMAT, 29 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kira-kira 61 pesakit wad tiga dan wad empat Hospital Segamat terpaksa dipindahkan apabila bilik linen yang menyimpan kain, selimut dan pakaian pesakit mengalami kebakaran kecil, petang tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan bersama pihak keselamatan hospital berjaya mengawal kebakaran kecil itu sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, 45 pesakit dari wad tiga manakala selebihnya dari wad empat.

“Kejadian itu hanya membabitkan kebakaran kecil di bilik linen di Wad 3. Kita berjaya mengawal kejadian dan pesakit dipindahkan di beberapa wad lain di bangunan yang sama untuk sementara waktu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tiada sebarang kecederaan serta kehilangan nyawa dilaporkan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

The post Wad Hospital Segamat terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?