Wanita Isma gesa masyarakat tolak filem pemusnah generasi masa hadapan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa seluruh masyarakat menolak filem-filem yang mempunyai unsur tahyul, khurafat, syirik dan budaya songsang LGBTQ.

Ketua Wanitanya, Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh yang menyeru gesaan itu berkata, filem berunsur sedemikian adalah agenda musuh yang secara jelas mahu merosakkan generasi dan negara.

Katanya, membenarkan tayangan filem seperti ‘Beauty and the Beast’ semakin merosakkan pemikiran umat terutama golongan kanak-kanak dan remaja.

“Paparan babak menggalakkan budaya LGBTQ menambahkan lagi mudarat kebejatan yang sedia ada seperti unsur fantasi melampau, kerosakan nilai kemanusiaan, pemesongan fakta sejarah, khurafat malah syirik.

“Semua pihak perlu mengambil peranan untuk memastikan bahawa apa yang dijamu kepada masyarakat kita bukanlah yang membawa kepada budaya yang lebih merosakkan.

“Telah banyak masalah sedia ada dalam masyarakat, janganlah kita menabur garam pada luka yang ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Norsaleha menggesa pelbagai pihak terutama sekali pemimpin, ahli politik dan menteri bertanggungjawab terhadap masyarakat yang telah mengundi dan memilih mereka.

“Mereka mestilah amanah dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh masyarakat serta menjadi tonggak dan benteng terhadap isu-isu sosial yang berlaku.

“Badan bertanggungjawab seperti LPF, KDN, SKMM perlu tegas dan peka terhadap unsur-unsur dan elemen yang boleh merosakkan pemikiran anak muda dan negara.

“Proses normalisasi yang cuba diterapkan melalui tayangan filem Walt Disney hendaklah ditolak sepenuhnya,” tegasnya.

Tidak ketinggalan juga, beliau mengingatkan pihak industri hiburan dan perfileman memikirkan survival umat masa akan datang berbanding hanya memikirkan keuntungan dan sambutan masyarakat.

“Kita harus insaf bahawa sangat sukar untuk mendapatkan filem yang menjaga nilai-nilai dan adab budaya sopan, apatah lagi tatasusila Islam secara keseluruhan.

“Bekalkan program-program yang boleh membantu membentuk jati diri dan identiti umat dan anak muda,” katanya.

Keluarga terutamanya ibu bapa yang menjadi pendidik pertama kepada anak-anak juga sangat-sangat diseru Dr Norsaleha untuk memainkan peranan yang penting dalam membentuk akidah, akhlak dan pola pemikiran anak-anak mereka supaya seiring dengan syariat Islam.

“Wanita Isma berharap agar pimpinan kerajaan, masyarakat dan pihak bertanggungjawab sentiasa peka dan prihatin dengan isu-isu semasa yang melibatkan keluarga dan anak-anak.

“Ia supaya kita sama-sama dapat membina keluarga soleh wa-musleh dalam pembentukan batu bata sesebuah masyarakat yang beradab, bertamadun dan membangun,” katanya.

The post Wanita Isma gesa masyarakat tolak filem pemusnah generasi masa hadapan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?