Dialog Tun Dr Mahathir, Nazri 7 April batal
SHAH ALAM, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, yang dijadualkan pada 7 April ini dibatalkan susulan pembatalan permit kebenaran polis, hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan ini dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang tadi.
Katanya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada Sinar Harian sebagai penganjur sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, Dr Mahathir dan Mohamed Nazri. Alasan yang diberikan adalah bantahan penduduk dari sekitar kawasan tersebut dan setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam dengan ini kelulusan permit himpunan aman dibatalkan,” katanya.
The post Dialog Tun Dr Mahathir, Nazri 7 April batal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan