ismakualaterengganu

KALAM YDP: Padah Pindaan Akta 164, Maruah Umat Islam Dicabar

"Apabila salah seorang pasangan memeluk Islam dan berlaku perceraian, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas men...

"Apabila salah seorang pasangan memeluk Islam dan berlaku perceraian, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa”.

Beberapa pemerhatian:
  1. Ia merupakan kejayaan Suruhanjaya agama dan golongan Liberal dalam perjuangan mereka yang berterusan sejak 2001 untuk memastikan kebebasan Islam dihadkan di Malaysia.                
  2. Bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-87 pada Jun tahun 2009 yang memutuskan apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan itu secara automatik beragama Islam.  
                                                                                                              
  3. Persoalannya, Bila kedua ibu bapa yang bertukar agama akan bersetuju?. Apatah lagi kalau ada di belakang mereka gerombolan manusia ada kepentingan.
  4. Setakat ini Mufti Perak, Kelantan, Pahang, Parti politik : PAS dan DAP yang bersuara.
    Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164   (http://www.bharian.com.my/node/267515)
               
    Pas berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak (TGHH - Presiden PAS)
    (http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-cadang-akta-164-dikaji-semula-1.654086)
       
    "Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini. (Nasarudin Hasan Ketua Penerangan Pas)
    (http://www.sinarharian.com.my/politik/pindaan-akta-164-mencabar-aqidah-islam-nasrudin-1.649171)
    Seperti biasa sikap DAP terhadap Islam: Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang juga naib pengerusi DAP mahu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) disegerakan kerana ia tertangguh sejak 2009.
    (http://www.sinarharian.com.my/mobile/video/dap-mahu-pindaan-akta-164-disegerakan-1.654268)

"Sebarang perubahan yang berlaku hari ini bakal ditanggung oleh generasi akan datang. Kalau sudah jadi undang-undang tidak ada guna penyesalan lagi. Bersedialah untuk dikutuk oleh generasi yang mendatang".




Related

YDP 5049191758876058881
item