Masyarakat Islam Paris solat tepi jalan, protes penutupan masjid

PARIS, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Ratusan umat Islam bersolat di tepi jalan di hadapan Plaza Dewan Bandar, Paris Clichy la Garenne pada Jumaat, sebagai protes penutupan masjid di negara itu.

Beratus-ratus umat Islam berkumpul dengan beralaskan tikar, surat khabar dan permaidani di pinggir bandar itu, sambil dikelilingi dan diperhati oleh pihak berkuasa tempatan.

Tindakan itu dikatakan bukan perkara baharu dilakukan mereka ekoran isu kekurangan masjid dan tindakan kerajaan Perancis menindas hak masyarakat Islam di negara itu dianggarkan kira-kira lima juta orang.

Difahamkan, Dewan Bandaraya Clichy mahu menukar masjid di kawasan itu kepada perpustakaan multimedia untuk 60,000 penduduk bandar berkenaan.

Sebelum ini, calon presiden sayap kanan, Marine Le Pen mengecam tindakan masyarakat Islam solat di jalanan mengukuhkan lagi anti pendatang dan antiIslamnya.- Agensi

The post Masyarakat Islam Paris solat tepi jalan, protes penutupan masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?