Muslim cuba halang pelaksanaan syariat Islam dianggap petualang

BANGI, 4 Rejab 1438H, Sabtu – PAS menganggap mereka yang mengaku muslim tetapi mencipta 1,001 alasan menyulitkan dan merancang secara halus untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negara ini, adalah petualang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata lebih malang apabila petualang ini merelakan diri bersekongkol dengan musuh Islam dan menjadi ‘terompah kayu’ kepada golongan anti-Islam merencana pelbagai alasan dan hujah bagi menggagalkan usaha menobatkan syariat Islam dalam perundangan negara.

“Kata nista, cercaan dan penghinaan kepada mereka yang berusaha dan berjuang untuk menegakkan Syariat Islam adalah suatu sunnatullah. Tiada apa yang perlu diresahkan oleh para pejuangnya. Hanya bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT.

“Jelas tidak keruan ialah sang petualang. Mereka “tidak sedap duduk” selagi tidak berjaya menggagalkan pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355. Raut wajah mereka jelas kelihatan gusar dan gelisah. Mereka kalut mencipta pelbagai tohmahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mereka berlumba-lumba untuk menonjol diri dalam memberi alasan kenapa pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 ini wajar ditolak, supaya mereka mendapat tempat di mata golongan anti-Islam.

Nasrudin berkata, sebahagiannya tidak sabar mempamerkan wajah gembira amat sangat apabila terdapat satu dua perkara yang menjadi alasan kukuh mereka untuk mengetengahkan kepada khalayak, supaya usaha melaksanakan syariat Islam dengan meminda Akta 355 ini gagal, dan mereka suka menjadi petualang.

Katanya, Akta 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibuat dalam Parlimen pada 1965 dengan hukuman serendah 6 bulan penjara dan RM1,000 denda bagi kesalahan yang disenaraikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Justeru, katanya, ia menjadi satu kewajipan kepada umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik untuk memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam sehingga ia dapat dipraktiskan di atas tanah air kita.

“Ahli Parlimen muslim pula mempunyai tanggungjawab langsung bagi memastikan perintah Allah SWT itu dapat dilaksanakan melalui pindaan Akta 355 yang akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen kelak,” katanya.

The post Muslim cuba halang pelaksanaan syariat Islam dianggap petualang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?