Pelesen, pemilik wajib ada Kad Senjata mulai 1 Jun

 

PUTRAJAYA, 9 Rejab 1438H, Khamis – Mengikut peraturan baharu, berkuatkuasa 1 Jun ini, semua pelesen dan pemilik permit senjata api wajib memiliki Kad Senjata, sebagai pelengkap kepada buku senjata sedia ada.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas melancarkan kad berkenaan di perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pagi tadi. 

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan,  kad itu akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia memiliki beberapa ciri keselamatan seperti tanda tangan Ketua Polis Negara, gambar dan nombor MyKad pemilik, kategori lesen/permit dan maklumat senjata api.

“Pelaksanaan Kad Senjata ini membolehkan pelesen dan pemilik permit senjata api memperkenalkan identiti mereka dengan lebih mudah dan senang dibawa, selain memudahkan sistem pengurusan dan pemantauan oleh PDRM.

“Ia juga adalah penambahbaikan kepada sistem buku lesen (secara manual) ketika ini terutama dari segi pengemaskinian statistik pemilikan lesen senjata dan penyalahgunaan senjata,” katanya.

Menurut KDN, permohonan kad yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Senjata (Pindaan) 2016 dan Peraturan-Peraturan Senjata (Pindaan Jadual Kedua) itu boleh dilakukan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara di mana lesen didaftarkan, dengan mengisi Borang 3A (Permohonan Kad Senjata) semasa permohonan pembaharuan lesen senjata api dilakukan.

The post Pelesen, pemilik wajib ada Kad Senjata mulai 1 Jun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian