Penempatan baru Israel jejas penyelesaian konflik: PBB
NEW YORK, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kerajaan Israel meluluskan pembinaan penempatan haram pertama di Tebing Barat.
Jurucakap PBB, Antonio Guterres berkata, Setiausaha Agungnya menyatakan kekecewaan terhadap keputusan Kabinet keselamatan Israel untuk membina penempatan baharu – dianggap tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa – di tanah yang diambil dari rakyat Palestin.
“Setiausaha Agung secara konsisten menegaskan bahawa tidak ada plan B untuk Israel dan Palestin tinggal bersama dalam keadaan aman dan selamat.
“Dia mengutuk semua tindakan sebelah pihak (Israel) seperti mengancam keamanan dan menjejaskan penyelesaian konflik dua negara itu,” katanya, semalam.
Keputusan membina sebuah penempatan baru di Emek Shilo, berhampiran bandar Ramallah, dibuat seminggu selepas PBB mengkritik Israel kerana tidak mengambil sebarang langkah menghentikan pembinaan di wilayah Palestin, sebagaimana dituntut oleh Majlis Keselamatan dalam resolusi diluluskan pada Disember.
Penempatan itu dilihat penghalang utama kepada usaha damai ekoran tindakan membina di atas tanah rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada negara masa depan mereka.- Agensi
The post Penempatan baru Israel jejas penyelesaian konflik: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan