Perkasa saman kerajaan jika iktiraf UEC
KUALA LUMPUR, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengambil tindakan undang-undang menyaman kerajaan sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Pengerusi Biro Pendidikan dan Modal Insan Perkasa, Datuk Sirajudin Mohd Salleh berkata, NGO itu menggesa kerajaan menolak secara rasmi dan muktamad sijil berkenaan.
Bercakap ketika membacakan resolusi sidang meja bulat ‘Kontroversi Sijil UEC’ di ibu negara hari ini, beliau berkata, sijil berkenaan akan memberi kesan buruk terhadap perpaduan serta mencabar kedaulatan negara.
“Kerajaan mesti mengambil kira perlembagaan dan undang-undang serta kepentingan serta kedaulatan negara dalam membuat keputusan (berkaitan UEC),” katanya.
Sebelum ini, Menteri KPT, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya sedia menimbang untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke universiti-universiti awam (UA) sekiranya ia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Katanya, penilaian sijil itu perlu dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan badan penilai sendiri, selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
The post Perkasa saman kerajaan jika iktiraf UEC appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan