Rejim Zionis tembak mati remaja Palestin
BAITULMAQDIS, 5 Rejab 1438H, Ahad – Pasukan keselamatan rejim Zionis (IOF) menembak mati warga Palestin, Ahmad Zaher Fathi Gazal selepas mendakwa dia menikam tiga warga Israel petang semalam.
Kementerian Kesihatan Palestin turut mengumumkan kematian remaja berusia 17 tahun dari bandar Nablus, utara Tebing Barat itu.
Semua jalan menuju ke tempat kejadian telah ditutup oleh polis Israel bagi menjalankan siasatan berhubung serangan itu.
Sumber-sumber tempatan Palestin di Jerusalem berkata, IOF menutup bandar lama dan menahan 20 rakyat Palestin, 16 daripada mereka adalah pemilik kedai di Bab El Oued Street.
Mereka kini sedang disiasat oleh Israel. – Agensi
The post Rejim Zionis tembak mati remaja Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan