SPRM buru 13 lagi orang kenamaan cuba rasuah Sultan Johor

BANGI, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Tiga belas orang kenamaan kini menjadi buruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes cubaan rasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memperoleh darjah kebesaran, lapor akhbar.

Utusan Online memetik sumber sebagai berkata, ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang ditahan pada Khamis lalu berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit mendapatkan penganugerahan darjah kebesaran itu.

Katanya, mereka yang dikenal pasti itu membabitkan golongan kenamaan, berkedudukan dan kaya.

“Berikutan itu, mereka yang berkaitan diminta tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan,” katanya.

Perkara itu juga disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, ahli perniagaan yang berpusat di Klang berusia 54 tahun itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ia susulan pendedahan Sultan Johor baru-baru ini bahawa baginda menerima tawaran sebanyak RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran Tan Sri dari­pada Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

The post SPRM buru 13 lagi orang kenamaan cuba rasuah Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?