116 remaja santuni pesakit di HSNZ





KUALA TERENGGANU- Dengan hasrat ingin membantu golongan kurang berkemampuan, seramai 116 remaja dari Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) turun padang bagi mengagihkan sumbangan dan menyantuni pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

KRIM, selaku penganjur program Ramadhan Outreach tiga tahun berturut-turut telah mendapat kerjasama daripada I-Medik Terengganu dan PGMES HSNZ bagi menjayakan program tersebut.

Pengarah KRIM Kuala Terengganu, Ustaz Ramadhan Awang berkata, sumbangan bahan keperluan yang diagihkan tersebut merupakan dana kutipan dari orang ramai yang ingin turut serta dalam menjayakan program ini.

"Program ini merupakan program pertama dalam pakej Akademi Remaja KRIM yang kami sasarkan kepada remaja tingkatan empat sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Selepas ini akan ada lagi program-program lain yang akan diadakan secara bulanan sehingga bulan Oktober.

"Saya yakin sekiranya para remaja mengikuti program-program di bawah akademi ini secara bersungguh-sungguh mereka akan dapat membina jati diri dan sahsiah mereka yang akan membantu mereka menuju kecemerlangan dunia dan akhirat," katanya.

Ust Ramadhan, Pengarah KRIM cawangan Kuala Terengganu
Sementara itu, Pengerusi PGMES HSNZ,  Dr. Nujaimin Udin turut mengiringi peserta mengedarkan sumbangan kepada pesakit. Beliau sangat gembira dan mengalu-alukan kehadiran remaja ke hospital berkenaan.

"Remaja hari ini biasa dikaitkan dengan aktiviti yang tidak sihat. Pengalaman yang mereka dapat menerusi aktiviti sukarelawan ini akan mematangkan mereka dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada masa mereka terbuang sia-sia," katanya.

Dr. Nujaimin Udin, Doktor Pakar di HSNZ
Selain aktiviti agihan sumbangan, program yang bermula pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu turut dimeriahkan dengan sesi tazkirah, tayangan video dan kuiz.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian