8,345 penempatan haram dirancang Israel sejak 1992

TEBING BARAT, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Israel telah merancang untuk membina sebahagian besar penempatan haram di wilayah Palestin yang dijajah sejak tahun 1992 lagi, kata Menteri Hal Ehwal Tenteranya, Avigdor Lieberman.

Dia membuat kenyataan bersifat provokasi itu dalam satu sidang media mesyuarat Kabinet Israel semalam.

Katanya, rancangan yang telah dibangunkan untuk 8,345 penempatan di Tebing Barat adalah termasuk 3,066 unit dijadualkan bagi pembinaan serta-merta.

“Bilangan unit bagi separuh pertama tahun 2017 adalah yang tertinggi sejak tahun 1992,” katanya kepada pemberita.

Khamis lalu, Kumpulan Anti-Penempatan Israel, Peace Now mendedahkan bahawa Tel Aviv mempunyai rancangan untuk memperluaskan pembinaan 7,721 unit penempatan sejak Januari, hampir tiga kali ganda berbanding tahun lalu dengan 2,699 unit.

Langkah itu secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada 23 Disember tahun lalu – menuntut Israel segera menghentikan semua aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Jerusalem.- Agensi

The post 8,345 penempatan haram dirancang Israel sejak 1992 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?