Aku Ingin Berubah

 

 

BATU PAHAT, 13 JUN – Satu perubahan tidak akan dihalangi oleh mana-mana alasan jika betul menginginkannya.

Demikian menurut aktivis Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM), Ustaz Adnin Roslan dalam slot perkongsian “Aku ingin berubah” bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) di sini baru-baru ini.

Perubahan remaja menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang akan memberikan aset kepada ummah kerana semua manusia tidak sempurna semestinya pernah melakukan maksiat.

Oleh itu, sebagai hamba kepada Allah, kita mestilah sentiasa rasa bersalah ketika membuat maksiat dan seterusnya melazimi taubat kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Mengakhiri sesi perkongsian tersebut, beliau menasihatkan para remaja agar teruskan berazam untuk berubah dan bahawa setiap orang mempunyai aib yang tersendiri tetapi kehidupan masa depan masing-masing akan menentukan dia akan jadi lebih baik atau lebih teruk.

Nurul Aqilah Mohd Salleh

Wartawan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?