Apa kata salafus soleh berkenaan Hari Raya?

BERIKUT petikan kata-kata salafus soleh untuk dijadikan panduan kita bersama:

1. Hari Raya adalah hari diampunkan dosa orang yang menyambutnya.

2. Bukanlah Hari Raya itu semata-mata berpakaian serba baharu, tetapi ketaatannya bertambah maju.

3. Bukanlah Hari Raya itu bagi mereka yang mencantikkan pakaian dan kenderaan, tetapi bagi mereka yang diampunkan segala dosa.

4. Setiap hari yang tidak dilakukan dosa adalah Hari Raya. (Hasan Al-Basri)

5. Kami keluar bersama Sufyan As-Thauri pada Hari Raya, beliau berkata: Perkara awal yang kita mulakan di hari ini ialah menundukkan pandangan.” (Imam Wakie’)

6. Hisan bin Abi Sinan keluar pada Hari Raya, dikatakan padanya ketika beliau balik: Wahai Abu Abdullah, ramainya wanita keluar pada hari ini. Hisan berkata: Saya tidak berjumpa seorang perempuan pun sehingga saya balik. (Muhammad bin Abdullah Al-Zarrad)

7. Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berkata pada dirinya ‘Jika selesai Ramadan aku tidak akan berbuat dosa lagi’, maka dia akan masuk syurga tanpa hisab, dan sesiapa yang berkata pada dirinya ‘Jika selesai Ramadan, aku akan kembali melakukan maksiat’, maka puasanya ditolak. (Kaab)

8. Dikatakan kepada Bisyr Al-Hafi: Ada satu golongan yang beribadah pada bulan Ramadan dengan bersungguh-sungguh, tetapi apabila habis Ramadan, semua amalan itu ditinggalkan. Bisyr berkata: Celakalah kaum itu, mereka tidak mengenali Allah kecuali hanya pada Ramadan.

9. Umar Abdul Aziz berucap kepada manusia di Hari Raya: Wahai manusia, kamu telah berpuasa kerana Allah 30 hari, kamu telah qiyamullail 30 hari, maka hari ini berdoakan moga Allah menerima semua amalan kamu.

10. Ma’la ibn Fadhl berkata: Mereka berdoa selama enam bulan moga Allah sampaikan mereka kepada Ramadan, kemudian mereka berdoa lagi selama enam bulan, moga Allah menerima amalan mereka.

11. Salafus soleh berkata: Aku melihat ada satu golongan yang apabila masuk Ramadan, mereka tidak menambah amal ibadah, apabila keluar Ramadan, mereka tidak mengurangkan amal ibadah sedikit pun. (Ini menunjukkan kepentingan istiqamah dalam amal ibadah)

12. Wahab ibn Al-Wird melihat sekumpulan manusia ketawa besar pada Hari Raya lalu berkata: Jika mereka itu di kalangan mereka yang diterima amalan, maka itu bukan cara orang yang bersyukur. Jika mereka itu di kalangan orang yang tidak diterima amalan, maka itu bukanlah cara orang yang takut dan risau.

13. Ada seorang salafus soleh kelihatan sedih di Hari Raya lalu ditanya: Mengapa engkau bersedih? Bukankah hari ini hari gembira? Beliau berkata: Benar, tetapi aku disuruh Tuhanku untuk beramal soleh dan aku tak tahu amalan itu diterima atau tidak.

Sumber:
1. www.islamstory.com
2. www.islamway.net

The post Apa kata salafus soleh berkenaan Hari Raya? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian