Empat tak mengaku cederakan pemandu Uber

PULAU PINANG, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Empat lelaki yang berdepan tuduhan merusuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pemandu Uber di Paya Terubong, minggu lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Teow Chiew Beng, 37, Ng Chun Peng, 32, Koay Hean Tatt, 32, dan Wong Kok Leong , 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Catherine Nicholas.

Mereka dituduh dengan niat mencederakan Mohd Sukri Ramli dalam satu pergaduhan di Lintang Paya Terubong, pada jam 3 petang, 7 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu Uber cedera di kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam.

The post Empat tak mengaku cederakan pemandu Uber appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?