Fasa dua MRT Semantan-Kajang dilancar 17 Julai

PUTRAJAYA, 13 Ramadan 1438H, Khamis – Fasa dua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang akan dilancarkan pada 17 Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, fasa kedua itu akan melengkapkan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km.

Beliau berkata, fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember lalu.

“Melalui kedua-dua fasa MRT itu, kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakannya pada setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ketiga,, Dasar Perbandaran Negara Kedua dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan timbalannya, Datuk Halimah Mohd Sadique.

Fasa dua MRT Semantan-Kajang sejauh 30km itu melibatkan 19 stesen yang akan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km ini terdapat 31 stesen di sepanjang laluan ini termasuk tujuh adalah stesen bawah tanah.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan. – Bernama

The post Fasa dua MRT Semantan-Kajang dilancar 17 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?