FGV beri tempoh 7 hari Zakaria, Tifli jawab tuduhan

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1438H, Selasa – Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah mengeluarkan dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Zakaria dan Ahmad Tifli turut diberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.

Mereka juga akan terus bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.

Pada minggu lepas, Lembaga Pengarah itu mengarahkan empat pegawai kanannya untuk bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar. – Bernama

The post FGV beri tempoh 7 hari Zakaria, Tifli jawab tuduhan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?