Gas sarin diguna dalam serangan ke atas Khan Sheikhoun

THE HAGUE, (Netherlands), 6 Syawal 1438H, Jumaat – Siasatan pemerhati senjata kimia antarabangsa merumuskan gas sarin  atau bahan seperti gas sarin digunakan sebagai senjata kimia dalam serangan 4 April lalu ke atas bandar di Syria menyebabkan 90  orang terbunuh.

Laporan oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW ) terhadap serangan ke atas Khan Sheikhoun tidak diumumkan, tetapi dua diplomat yang melihat kandungannya mengesahkan bahawa gas sarin digunakan.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan keyakinan mengenai laporan itu yang mengesahkan senjata kimia telah digunakan terhadap rakyat Syria.

“Sekarang kita mengetahui kebenaran yang tidak dinafikan. Kita perlukan siasatan bebas seterusnya untuk mengesahkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap serangan kejam itu demi memberi keadilan kepada mangsa,” katanya.

Pertubuhan itu tidak diberi mandat untuk mencari siapa yang harus dipersalahkan, tetapi misi siasatan berikutnya bersama PBB bertujuan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

Serangan ke atas Khan Sheikhoun mengejutkan antarabangsa selepas gambar dan video selepas kejadian, termasuk kanak-kanak yang meninggal dunia di depan kamera, disiarkan secara meluas.

Berikutan itu, AS melancarkan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera yang dikawal rejim Bashar Al Assad kerana disyaki menjadi pusat simpanan senjata kimia.

Ketua Pengarah OPCW, Ahmet Uzumcu berkata, mangsa yang meninggal dunia dan terselamat menjalani ujian, dua hari selepas serangan itu dan mereka didapati terdedah kepada gas sarin atau bahan yang seperti gas itu. – Agensi

The post Gas sarin diguna dalam serangan ke atas Khan Sheikhoun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian