Islam dipersalah selepas Malaysiakini siar laporan silap pengendali kantin ‘dipaksa’ jadi muslim

BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Portal liberal, Malaysiakini, mengaku kesilapan laporan berita mereka berkaitan seorang pengendali kantin di Politeknik yang mendakwa dipaksa memeluk Islam, jika mahu meneruskan perniagaan.

Menurut kenyataan Pengarangnya, Malaysiakini secara tidak sengaja sebelum ini tersilap memetik kenyataan dibuat Gopi Krishnan mengenai isu ini.

“Selepas mendapat penjelasan beliau sebenarnya tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya sekadar diberitahu supaya memeluk Islam. Segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali,” kata Nota Editor Malaysiakini, dalam berita disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.

 

Laporan itu yang turut disiarkan dalam laman Facebooknya, mencetuskan komen agak sensitif berkaitan agama dan kaum daripada pembaca yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Malah, sesetengah komen itu dilihat cuba menyalahkan Islam, tetapi tidak kurang juga yang mempertahankan agama Persekutuan ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Gopi Krishnan yangmengendalikan sebuah gerai makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, mendakwa dia diminta memeluk Islam jika mahu meneruskan perniagaan.

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersara, mengarahkan dia bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk menerima Islam, lapor portal berkenaan, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, M Pirakash hari ini tanpil menjelaskan bahawa pihak pengurusan PSP menafikan memberi saranan kepada bekas pengendali kantin beragama Hindu itu untuk memeluk Islam agar dapat meneruskan operasi

MIC negeri telah bertemu dengan Pengarah PSP, Zulkifli Ariffin yang menafikan dakwaan itu. Beliau juga menafikan Gopi Krishnan terpaksa menghentikan operasi di PSP kerana diskriminasi kaum sambil mengulangi kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan bahawa kontrak itu ditamatkan atas alasan pentadbiran.

 

Politeknik itu telah membuat laporan polis pada 26 Jun lalu berhubung kandungan mesej Whatsapp dan laman media sosial mengenai perkara itu yang menjadi tular.

The post Islam dipersalah selepas Malaysiakini siar laporan silap pengendali kantin ‘dipaksa’ jadi muslim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian