Isma Melaka FC sasar bertemu Selangor di perlawanan akhir

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 16 Ramadan 1438H,Ahad – Pasukan Isma Melaka FC menyasarkan bertemu dengan Selangor pada perlawanan akhir Piala Presiden Isma 2017, Ogos ini.

Pengurus pasukannya, Mohd Aznan Abdul Latif berkata, beliau meletakkan satu penanda aras yang tinggi bagi perlawanan tahun ini dengan mencabar juara Piala Presiden tahun lalu di peringkat akhir.

“Isma Melaka FC tidak berpeluang bertemu dengan Selangor pada perlawanan tahun lalu. Kita tiada rezeki untuk beraksi bersama Selangor.

“Harapnya tahun ini kita berjumpa dengan Selangor di ‘final’. Target kita satu sahaja tahun ini, iaitu final bersama Selangor,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Masih mengekalkan jurulatih lama, Mohd Aznan berkata, pasukan Melaka kini lebih matang memperbaiki kelemahan mereka pada tahun lepas.

“Kita punya kelemahan tahun lalu adalah kurang kerjasama antara pemain. Jadi, tahun ini kita nak ubah perkara itu dan bentuk kerjasama pasukan yang kuat.

“Malah, kita juga telah memilih ramai pemain yang lebih aktif dan memiliki stamina lebih baik,” katanya.

Mengulas berhubung persiapan pasukan, beliau berkata, latihan dan perlawanan persahabatan akan kerap dilakukan selepas Ramadan nanti.

“Sepanjang Ramadan ini, kita hanya adakan ‘light training’ dan memberikan pemain membuat latihan stamina sendiri.

“Kita tak mahu ganggu aktiviti Ramadan mereka, tetapi kita ajak pemain sertai program Ramadan seperti program bakti dan masyarakat. Kita dah bina fizikal,dan kini kita mahu bina rohani serta sahsiah pemain,” katanya.

Ditanya mengenai pasukan lain yang bakal memberi saingan sengit pada tahun ini, Mohd Aznan menjangkakan Kelantan bakal membuat ‘come back’ dengan menonjolkan aksi permainan yang lebih baik.

“Ia termasuk juga dengan Selangor. Bagaimanapun, ada juga beberapa pasukan yang tidak ‘update’ mengenai persediaan mereka.

“Itu mungkin strategi mereka untuk mengambil langkah berdiam seperti pasukan Johor, yang akhirnya mereka menjadi antara pasukan ‘favourite’,” katanya.

The post Isma Melaka FC sasar bertemu Selangor di perlawanan akhir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian