Israel juga mahu tutup Al-Jazeera

BAITULMAQDIS, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Selepas beberapa negara Arab bertindak menutup pejabat media dari Qatar, Al-Jazeera, Israel turut ingin mengambil pendekatan yang sama.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lirberman berkata, pihaknya menyokong penutupan pejabat media dari Qatar itu.

“Tiada sebab mengapa Al-Jazeera patut terus beroperasi di Israel. Ia bukan media, ia agensi propaganda seperti Kesatuan Soviet atau Nazi Jerman.

“Semua laporan ke atas Israel berat sebelah, sementara saluran ini tidak pernah mengutuk Iran,” dakwanya kepada radio awam.

Ketika ditanya bila biro itu akan ditutup, beliau berkata, pihaknya sedang mencari ‘penyelesaian undang-undang’.

Ketua Biro Al-Jazeera yang dipetik media Israel sebagai berkata, mereka akan merayu sebarang keputusan untuk menutup operasi.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membayangkan kemungkinan menutup agensi itu Isnin lalu, lapor media Israel.

Pemimpin Israel menuduh saluran Qatar itu menyokong Hamas, pergerakan Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza. – Agensi

The post Israel juga mahu tutup Al-Jazeera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?