Jenazah Mejar Mohd Hasri selamat dikebumi

JEMPOL, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda dekat sini pada kira-kira 10.30 pagi ini.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Felda Lui Timur dengan diimamkan imam masjid itu Mohd Rawal Md Isa, dan turut disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk kampung dan anggota TUDM.

Turut hadir mengiringi jenazah ialah Panglima Bantuan Udara TUDM Leftenan Jeneral Datuk Wan Normazlan Che Jaafar, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang Datuk Jalaluddin Alias dan ADUN Sungai Lui Wan Mohd Razi Mohd Ali.

Allahyarham Mohd Hasri meninggalkan isteri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan seorang anak perempuan, Nur Hafiya, 8 bulan.

Perkarangan rumah ibu bapa Mohd Hasri dipenuhi penduduk kampung dan kira-kira 300 anggota TUDM daripada pangkalan Subang dan Labuan, bagi memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham.

Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemukan pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Jenazah Yazmi,39, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur. – Bernama

The post Jenazah Mejar Mohd Hasri selamat dikebumi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?