Maidah Ramadhan Salur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal di Kajang

Kajang, 11 Jun – Sebuah program kemasyarakat bersempena bulan Ramadhan anjuran Biro Wanita Isma Kajang telah diadakan pada 11 Jun yang lalu di sekitar Kajang.

Program yang diberi nama ‘Maidah Ramadhan’ tersebut telah berjaya mengagihkan sumbangan kepada 15 orang ibu tunggal serta keluarga yang memerlukan.

Menurut pengarah program ‘Maidah Ramadhan’, Puan Asma Ahmad, sumbangan yang merupakan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan sebagainya adalah merupakan hasil sumbangan duit daripada orang ramai.

Selain merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada penyumbang program ‘Maidah Ramadhan’, beliau juga mengucapkan rasa syukur kerana program tersebut berjaya dijalankan dengan baik serta objektif bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan memperkenalkan Isma kepada masyarakat tercapai.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?