Polis siasat surat terbuka berkaitan kes samun

KUALA LUMPUR, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Polis akan meneliti semula kertas siasatan berhubung kes samun yang mempunyai kaitan dengan surat terbuka untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga viral di media sosial, sejak kelmarin.
 
Surat berkenaan dimuat naik individu yang mendakwa dirinya adalah mangsa kes terbabit.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan melihat semula kes tersebut dengan meneliti fakta dan kandungan surat berkenaan bagi mengetahui apa yang menyebabkan mangsa tidak berpuas hati terhadap siasatan.
 
Katanya, pegawai penyiasat kes akan dipanggil sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
 
 “Kita akan tengok apa yang berlaku kerana kita ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi dan apa tindakan yang perlu diambil jika membabitkan kes samun.
 
“Kita akan siasat jika berlaku perlanggaran SOP dan menghilangkan keterangan seperti didakwa (mangsa) kerana jika benar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan,” katanya.
 
Kelmarin, pengguna Facebook menggunakan nama Nukman Muqarrin dikesan memuat naik status bertajuk Surat Terbuka Untuk Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di akaun laman sosial miliknya, pada 4.22 petang.
 
Dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap siasatan berhubung kes samun bersenjata oleh sekumpulan lelaki didakwa terhadap dirinya pada 20 Februari lalu.
 
Kandungan surat itu antara lain mendakwa polis cuba ‘membuang kes’ dengan menyerahkan barang bukti kepadanya sebelum kes dibicarakan di mahkamah, selain dikatakan memalsukan tandatangan dokumen kawad cam.

The post Polis siasat surat terbuka berkaitan kes samun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian