Prinsip, matlamat UMNO sebenar ada dalam Bersatu: Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena majlis iftar dan pemberian zakat di pekarangan Masjid Kodiang, Kedah, kelmarin.

Oleh Razali bin Zakaria

KODIANG, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Prinsip dan matlamat UMNO yang sebenar sekarang ini cuma berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata bekas Presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, UMNO sekarang bukan parti yang pernah beliau pimpin dahulu dan bukan juga yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada 1946 lalu yang mengalahkan Malayan Union serta berjuang memerdekakan negara.

“UMNO sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya. Ia menggunakan duit kerajaan dan duit 1MDB yang diselewengkan, untuk sogok ahli-ahli UMNO supaya terus menyokong dirinya. Sogokan ini dibuat melalui pelbagai cara.

“UMNO Najib tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Laporan Department of Justice Amerika menunjuk bagaimana berbillion Ringgit yang diselewengkan disalahguna, selain dari sogokan untuk mendapat sokongan; untuk cara hidup mewah.

“Duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di Amerika dan UK, berlian beratusan juta ringgit sebiji untuk isteri Malaysia Official 1, iaitu Najib,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, memberi sokongan kepada Najib samalah dengan menyokong jenayah dilakukan.

“Sokongan kepada Najib oleh ahli UMNO bermakna mereka sokong jenayahnya dan sudah tidak lagi setia dan sayang kepada bangsa Melayu mereka, kepada ajaran Islam dan kepada negara mereka.

“Seperti Najib mereka sudah jadikan wang tunai sebagai raja yang disembah. Secara langsung mereka mengkhianati bangsa, agama dan negara. Sudah tentu, bersama Najib, mereka mengkhianati parti UMNO yang asal. Malapetaka akan menimpa negara Malaysia ini kerana mereka sokong Najib.

“Berhentilah dari mengkhianati UMNO yang sebenar. Tolaklah Najib dan keluarlah dari UMNO Najib untuk menyertai gerakan menjatuhnya dalam pilihanraya. Hentikan dari melindung makhluk perosak ini. Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan,” katanya.

Tun Dr Mahathir turut menceritakan untuk buat pertama kali beliau kembali berbuka puasa di Kodiang yang menjadi antara kubu kuatnya suatu masa dahulu selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu.

“Ramailah juga ahli-ahli UMNO Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam UMNO,” katanya.

The post Prinsip, matlamat UMNO sebenar ada dalam Bersatu: Tun Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian