Remaja Sahut Seruan Dakwah

KUALA LUMPUR, 17 Jun – “Cuma sedih sikit apabila ada yang tidak menerima risalah. Selain itu, semuanya bagus,” komen W. Nur Alya, salah seorang peserta program Ramadhan Outreach (RO) daripada Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.

Beliau merupakan salah seorang daripada 125 orang peserta Ramadhan Outreach anjuran Kelab Remaja ISMA Kuala Lumpur (KRIM KL) yang berlangsung hari ini di Masjid Kampung Baru.

Kemuncak program RO adalah pada waktu petang di mana para pelajar didedahkan dengan dakwah kepada masyarakat umum dengan mengedarkan risalah berkaitan kempen Jom Solat oleh Indahnya Islam di kawasan bazar Ramadhan berhampiran masjid.

RO berlangsung selama sehari dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti tazkirah, sesi bersama asnaf dan penyampaian sumbangan. Peserta turut berpengalaman membungkus bubur lambuk yang popular di masjid ini.

Menurut Pengarah KRIM KL iaitu saudara Fauzi bin Ahmad, program ini berjaya mengumpulkan peserta paling ramai berbanding RO di cawangan lain.

Oleh itu, pihak KRIM KL mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta dan pihak sekolah yang terlibat. Sumbangan kepada asnaf dengan kerjasama Yayasan Ikhlas hasil sumbangan orang ramai telah disampaikan kepada 23 asnaf yang terlibat.

Pihak KRIM KL dan Yayasan Ikhlas juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang untuk Bakul Ramadhan.

Ramadhan Outreach adalah salah satu program di bawah Akademi Remaja KRIM dengan slogan #SelaluBersama dan diadakan di 30 cawangan KRIM seluruh Malaysia.

KRIM akan terus komited dalam usaha membangunkan remaja dari sudut sahsiah dan jati diri.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian