Rizab negara boleh cecah RM100 bilion jika tidak kerana kerugian tukaran asing

KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Jumlah AS$10 bilion milik Malaysia yang rugi dalam pasaran pertukaran wang asing pada tahun 1990-an boleh meningkat kepada RM100 billion atau lebih hari ini sekiranya masih disimpan dalam rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid dalam temu bual dengan akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times, berkata jumlah berkenaan berdasarkan kepada pengiraan faedah kompaun sebanyak empat peratus setahun, dalam tempoh 25 tahun.

Beliau berkata BNM kerugian RM4 bilion dalam pendapatan setahun kerana skandal tersebut.

“Wang berkenaan akan meningkat kepada AS$26.66 bilion, atau lebih daripada RM100 bilion, jika disimpan dalam simpanan kerajaan, pada kadar faedah kompaun sebanyak empat peratus setahun.

“Tetapi wang itu hilang begitu sahaja,” kata beliau dalam temu bual itu yang disiarkan hari ini.

Abdul Murad, yang melepaskan jawatan di BNM pada 1999, menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes tersebut.

RCI tidak seharusnya dilihat sebagai langkah politik kerana suruhanjaya berkenaan akan membantu mendedahkan perkara sebenar dan menambah bahawa tidak terlalu lewat untuk menyiasat skandal tersebut kerana perkara berkenaan disembunyikan ketika itu, kata Abdul Murad.

Beliau berkata RCI merupakan penyelesaian terbaik terhadap skandal itu.

Susulan pendedahan skandal berkenaan, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas (STF) yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat perkara itu.

Siasatan selama tiga bulan mendapati jumlah kerugian yang dialami BNM adalah ‘berbeza dan lebih tinggi’ daripada RM5.7 bilion yang dilaporkan kepada Parlimen dan Kabinet ketika itu. – Bernama

The post Rizab negara boleh cecah RM100 bilion jika tidak kerana kerugian tukaran asing appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian