SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR,19 Ramadan 1438H, Rabu – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Aidilfitri yang disambut pada 25 Jun ini.

Pengguna boleh menikmati diskaun itu seminggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri berkuat kuasa pada 17 Jun (6 pagi) sehingga 18 Jun (6 pagi) dengan hanya RM2.70 dari kadar biasa iaitu RM3.00, bagi laluan masuk dan keluar ke Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman berkata, pemberian diskaun itu adalah cara syarikat berkenaan menunjukkan penghargaan kepada pelanggannya.

“SMART sering digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya untuk ke pusat bandar. Kami juga ingin memudahkan orang ramai membeli-belah pada saar akhir sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web SMART di http://ift.tt/2hUd882, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.

The post SMART beri diskaun tol 10 peratus sempena Aidilfitri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?