Tiada kompromi sepanjang Ops HRA: JPJ

KLANG, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2017.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pihaknya akan mengenakan denda di mahkamah terhadap pemandu yang melanggar tujuh kesalahan utama.

“Iaitu, gagal mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.

“Selain itu, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu di lorong kanan secara berterusan (kenderaan barangan) juga bakal berdepan denda ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Bagaimanapun kata beliau, bagi kesalahan lain pula akan dikompaun maksimum RM300 mengikut kesalahan.

Ops HRA yang mula beroperasi hari ini sehingga 2 Julai depan adalah bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian.

The post Tiada kompromi sepanjang Ops HRA: JPJ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian