Tujuh set borang pencalonan PRK DUN Pujut dibeli: SPR

KUCHING, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak mengesahkan tujuh set borang pencalonan bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut telah dibeli setakat semalam (6 Jun).

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pembeli atau parti yang membeli borang berkenaan.

“Empat set borang dibeli di Miri manakala baki tiga set dibeli di Kuching,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

SPR menetapkan PRK DUN Pujut pada 4 Julai manakala penamaan calon 20 Jun.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).- Bernama

The post Tujuh set borang pencalonan PRK DUN Pujut dibeli: SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?