Yakin akan ada bantuan Allah bagi perjuangan meninggikan Islam – Nazim Kuantan

Oleh Aisyah Badhrulhisham

KUANTAN, 11 Jun – Dalam kita berjuang untuk meninggikan Islam, yakinlah bantuan Allah pasti akan datang dari arah yang kita tidak sangka-sangka.

Demikian menurut Saudara Muaz Rushdan, Ahli Jawatankuasa Kelab Anak anak Hebat (Nazim) Kuantan ketika menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Ada apa dengan Badar’ di program Smart Aulad Circle Ramadan Special di sini baru-baru ini.

“Sebagai contoh, Perang Badar yang berlaku di dalam bulan Ramadan telah menunjukkan bukti kepada kita semua betapa pentingnya doa dan pergantungan Rasulullah dan para sahabat kepada Allah untuk mendapatkan kejayaan serta kemenangan dalam peperangan tersebut,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut Dr Aisyah Badhrulhisham, Ketua Nazim Kuantan, masih belum terlambat untuk umat Islam membuat azam sempena bulan Ramadan pada kali ini kerana 10 hari terakhir inilah peluang untuk kita berusaha sehabis baik bagi mengejar ketaqwaan kepada Allah.

“Kita juga perlu sentiasa cergas di dalam bulan Ramadan ini supaya dapat melipatgandakan amal ibadah dan memperbanyakkan doa kerana Allah membuka pintu langit seluas-luasnya untuk kita bertaubat dan memohon apa sahaja kepadaNya,” pesan Dr Aisyah kepada para peserta ketika di akhir program tersebut yang diadakan di Pusat Komuniti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Indera Mahkota (IM).

Antara aktiviti yang menarik sepanjang program tersebut adalah membuat kraft bertemakan ‘Azam Saya’ sempena 10 hari terakhir Ramadan di mana para peserta menulis azam masing-masing untuk digantung di rumah.

Selain itu, antara aktiviti lain adalah Kuiz Ramadan, Teka silang kata berkenaan perang Badar, Solat Dhuha, serta Tilawah Al-Quran.

Program secara berkala yang dianjurkan oleh Nazim Kuantan ini telah disertai oleh 14 anak-anak dari sekitar Daerah Kuantan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?