20 lagi rakyat Palestin cedera angkara Israel
BAITULMAQDIS, 30 Syawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 20 lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel di luar kompleks masjid al Aqsa di kota Jerusalem.
Pertempuran pada Ahad itu dilaporkan berlaku selepas solat apabila pasukan rejim Tel Aviv memasang lebih banyak kamera di luar masjid.
Protes yang sama juga berlaku di Bethlehem, di Tebing Barat.
Ketegangan melonjak selepas rejim Israel memulakan langkah ketat memasuki kawasan kompleks Masjid al Aqsa dengan memasang beberapa kamera serta pagar elektronik yang dilengkapi dengan alat pengesan logam.
Alat pengesan logam itu dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa berikutan serangan oleh tiga pemuda Palestin yang membunuh dua pegawai polis rejim Zionis.
Langkah itu mencetuskan kemarahan umat Islam di Palestin yang membawa kepada pertempuran dengan rejim Israel sehingga dua pemuda negara itu terbunuh, dan ratusan yang lain cedera.- Agensi
The post 20 lagi rakyat Palestin cedera angkara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan