3,014 PATI, 57 majikan ditahan imigresen

KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1438H, Isnin – Seramai 3,014 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 57 majikan ditahan oleh Jabatan Imigresen (Imigresen) melalui Ops Mega e-Kad.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, 180 individu turut diberi notis untuk hadir memberi keterangan berhubung PATI.

“Imigresen telah mengadakan sebanyak 502 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dan sebanyak 3,071 orang ditahan Imigresen dalam Ops Mega e-Kad.

“Seramai 9,320 orang telah berjaya diperiksa dan hasilnya seramai 3,014 PATI dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan menerusi operasi yang bermula 1 Julai lalu itu, warga Bangladesh mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 1,160 orang, diikuti warga Indonesia (695), Myanmar (231), Vietnam (116), Thailand (111), Filipina (95) dan dari negara-negara lain.

Beliau berkata, pihaknya telah memberi tempoh yang secukupnya bagi majikan mendaftarkan pekerja mereka daripada golongan PATI.

“Namun kesempatan ini tidak diambil sepenuhnya oleh sesetengah majikan. Oleh itu mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika dikesan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan ini,” katanya.

The post 3,014 PATI, 57 majikan ditahan imigresen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian