Adun Lenggeng meninggal dunia akibat sakit jantung
SEREMBAN, 25 Syawal 1438H, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah kira-kira jam 11.25 malam tadi.
Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Ishak dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.
“Jenazah sekarang sedang jalani bedah siasat dan akan dibawa balik ke rumahnya di Taman Rashidah Utama, Seremban dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.
Ishak yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas, Beliau meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat orang anak.
Ishak merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995.
The post Adun Lenggeng meninggal dunia akibat sakit jantung appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan