Ahli diingatkan untuk terus istiqamah dengan amalan semasa Ramadhan – YDP Isma Klang

KLANG 8 Jul – “Kita mesti meneruskan amalan-amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan seperti solat sunat seperti witir, tahajjud, bersedekah dan lain-lain” tegas Ustaz Sulaiman dihadapan hadirin Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Isma Klang yang berlangsung di Sek. Ren. Sg. Udang di sini.

“Istiqamah dan iltizam adalah bukti kita telah berjaya bergraduasi daripada ‘Madrasah Ramadhan’.” Sambung Yang Dipertua Isma Klang lagi dihadapan kira-kira 200 tetamu majlis tersebut.

Majlis yang bermula selepas Zohor turut dihadiri masyarakat setempat selain daripada ahli dan keluarga. Antara yang turut hadir ialah Imam, Pengerusi surau dan pemimpin masyarakat berhampiran. Majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Isma Klang merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli dan masyarakat selain meraikan kemenangan sebulan berpuasa Ramadhan.









Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian