Biar kami pergi dan berjuang demi Al-Aqsa: Putera Arab Saudi

RIYADH, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Anak lelaki almarhum Raja Arab Saudi, Raja Fahd Bin Abdulaziz menggunakan Twitter bagi membincangkan dan memperkatakan mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa dan sekatan yang dikenakan rejim Zionis terhadap umat Islam Palestin.

Putera Abdulaziz Bin Fahd mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama umat Islam Palestin mempertahankan Masjidil Aqsa yang menjadi tanah suci ketiga dalam Islam.

“Setiap muslim wajib menyokong saudara kita di Palestin dan masjid suci Al-Aqsa, mengikut cara masing-masing. Wahai negara Muhammad, tunjukkan kepada mereka siapa kamu. Mengabaikan Al-Aqsa akan menjadi sesuatu yang hina dan Allah akan mempertanggungjawabkannya ke atas kita,” katanya.

Dalam satu lagi kenyataan yang dimuat naik, beliau berkata: “Wahai negara Muhammad dan Allah, masjid ketiga menjadi tawanan kepada jenayah pencerobohan, apakah tidak ada yang pandai daripada kita? Mari kita pergi dan berjuang, sama ada kita akan menang dan menyelamatkannya atau kita gagal, Allah akan mengampunkan kita.”

Beliau turut memuat naik video lawatan almarhum Raja Fahd ke White House, yang menekankan pentingnya mencari jalan penyelesaian mengenai isu Palestin dan memberi kemerdekaan kepada warga Palestin. – Agensi

KLIK UNTUK MENYUMBANG

The post Biar kami pergi dan berjuang demi Al-Aqsa: Putera Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?