Brunei wajibkan peniaga makanan ada Sijil Halal

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Berkuatkuasa November ini, semua premis makanan di Brunei diwajibkan memiliki Sijil Halal bagi setiap produk yang dijual.

Mengikut Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, semua peniaga dikehendaki memohon Sijil Halal bagi premis makanan atau Permit Halal bagi setiap produk mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei dengan menegaskan mana-mana individu yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda maksimum B$8,000 (kira-kira RM25,152) dan penjara hingga dua tahun selepas perintah berkenaan dikuatkuasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, bagi premis yang mahu menjual makanan haram tetapi kepada pelanggan bukan Islam, pemiliknya perlu terlebih dahulu mendapatkan surat pengecualian khas daripada Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Premis terbabit turut wajib memasang notis makluman di pintu masuk bahawa mereka menjual makanan tidak halal untuk pengguna bukan agama Islam sahaja, dan melarang keras kemasukan pelanggan muslim menikmati juadah di situ.

Selain itu, perniagaan yang menyediakan makanan untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit atau untuk dieksport juga dikehendaki memohon bagi mendapatkan Permit Halal bagi setiap jenis produk yang dihasilkan.– Agensi

The post Brunei wajibkan peniaga makanan ada Sijil Halal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?